Xiaomi Hadir Dengan Mi TV 2 40-inci, MIUI TV Berasaskan Android, Berharga RM1200

Xiaomi Hadir Dengan Mi TV 2 40-inci, MIUI TV Berasaskan Android, Berharga RM1200

Diterbitkan pada Mac 24, 2015 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan televisyen pintar terbaru mereka dan juga kemaskini kepada Mi TV 2, dan hadir dengan penawaran skrin bersaiz 40-inci pada harga yang rendah seperti kebanyakkan produk Xiaomi, iaitu hanya 1999 Yuan (~RM1200).

Xiaomi Mi Tv 2

Xiaomi Mi Tv 2 bersaiz 40-inci ini hadir dengan panel Sharp SDP X-Gen dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan MStar 6A908 Cortex-A9 empat-teras, Mali 450 MP4 GPU, dan memori 1.5GB DDR3. Televisyen ini turut dilengkapi dengan storan 8GB, serta hadir dengan sokongan audio Dolby MS12.

Melengkapkan televisyen ini adalah sistem operasinya yang berasaskan Android 4.4 dan dilengkapi antaramuka MIUI. Dengan integrasi sistem pintar, pengguna boleh menggunakannya sebagai televisyen biasa, sebagai arked permainan ataupun sebagai hab hiburan di ruang tamu.

Xiaomi hanya menyasarkan jualan Xiaomi Mi TV di China sahaja buat masa ini memandangkan had kandungan yang ditawarkan dan rakan kerjasama untuk kandungan yang tidak terdapat di luar China. Televisyen ini bakal dijual di China melalui laman rasmi Xiaomi bermula 31 Mac kelak.


TIPS & ULASAN