Cari @ Amanz

GSTXiaomi Malaysia hari ini telah mengeluarkan komen rasmi mereka berkaitan dengan cukai GST dan kesan terhadap harga produk mereka bermula minggu hadapan. Untuk produk Xiaomi, hanya Redmi Note 4G sahaja terkesan dengan kenaikkan harga, sementara peranti lain mengekalkan harga jualan yang sama.

Seperti ramai sedia maklum, GST akan memberikan kesan peningkatan harga sebanyak hampir 6% terhadap beberapa produk dan perkhidmatan di seluruh negara. Kesan daripada cukai berkenaan, Xiaomi akan meningkatkan harga Redmi Note 4G yang berharga RM589 sekarang ini kepada harga baru sebanyak RM625. Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak RM36 berbanding harga jualan sebelum ini.

Produk Xiaomi yang lain akan kekal pada harga sedia ada tanpa sebarang perubahan harga untuknya. Seperti biasa, kesan perubahan harga untuk Redmi Note 4G ini akan mula diimplementasikan bermula 1 April ini.

Xiaomi Malaysia GST

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd