Cari @ Amanz

PIKOMDengan GST yang akan mula diimplementasikan bermula minggu hadapan di Malaysia, pelbagai sektor dan industri telah mula bersedia untuknya. Pengeluar gajet juga turut telah mula bersedia untuknya dengan ada yang telah mula meningkatkan harga jualan peranti mereka.

Bercakap mengenai GST, hari ini pihak PIKOM mengatakan mereka menyasarkan GST akan memberikan impak kepada dunia ICT, terutamanya yang melibatkan jualan peranti dan gajet. Seperti ramai sedia maklum, beberapa produk teknologi pada hari ini tidak dikenakan sebarang caj cukai, dan pengenalan GST 6% akan meningkatkan harga jualan untuk peranti, perisian, serta perkhidmatan dalam arena teknologi ini.

Menurut PIKOM, dalam tempoh masa enam bulan akan datang, GST akan membuatkan jumlah jualan telefon pintar, PC, komputer riba, pencetak dan beberapa peranti lain mengalami penurunan berbanding kebiasaan. Perkara sama juga dikatakan akan memberikan impak terhadap syarikat-syarikat kecil, serta memberikan kesan penurunan sehingga 30% dalam pasaran.

Walaubagaimanapun, untuk syarikat besar, ia dikatakan mungkin tidak memberikan kesan yang besar, dan PIKOM masih menyasarkan sektor ICT Malaysia bakal menjana sehingga RM95 bilion menjelang tahun 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd