Cari @ Amanz

Saya secara peribadi lebih gemari keluarga Butterfly berbanding dengan keluarga One daripada HTC. Bagi pengguna yang turut mengemari akan keluarga Butterfly, semestinya ternanti-nanti akan pengenalan versi terbaru keluarga peranti berkenaan. Pada tahun lepas, HTC Butterfly 2 telah diperkenalkan pada bulan Ogos, dan kini mengikut desas-desus awal, HTC dikatakan bakal hadir dengan HTC Butterfly 3 dalam masa beberapa bulan lagi.

HTC Butterfly 3 dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi 2560×1440 pixel, serta dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi terkini yang lain. Kalau mengikut trend, desas-desus berkaitan Butterfly 2 turut hadir pada bulan Mac 2014, tetapi peranti akhir hanya sekadar diperkenalkan pada Ogos sahaja.

Ia tidak diketahui sama ada desas-desus baru ini adalah tepat ataupun sebaliknya, memandangkan HTC One M9 baru sahaja diperkenalkan dan mungkin HTC akan memfokuskan lebih kepadanya. Tetapi pada masa yang sama, ia juga mungkin HTC ingin menarik minat para pengguna di Asia yang lebih meminati keluarga Butterfly atau inginkan sesuatu baru berbanding dengan rekaan One M9 yang lebih menyerupai One M8.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengneai keluarga Butterfly, dan lihat apakah yang bakal dibawakan oleh pihak HTC kelak melalui keluarga peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd