Cari @ Amanz

Uted-2Papan iklan di Kuala Lumpur terlalu banyak sehingga mencapai tahap menjengkelkan. Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke KLIA misalnya, anda dapat melihat ratusan papan iklan gergasi. Jika anda seorang pelancong yang baru tiba di Malaysia, anda akan dapat melihat iklan di tepi jalan lebih kerap dari pemandangan indah negara kita. Ini pada pendapat kami adalah amat merugikan. Selain menghalang pemandangan semula jadi, papan iklan sebenarnya boleh mengganggu tumpuan pemandu.

Alangkah baiknya jika papan iklan di Malaysia boleh meminjam teknologi yang digunakan di Peru. Di negara Amerika Selatan ini papan terdapat sebuah papan iklan yang menghasilkan bekalan air bersih secara percuma kepada komuniti berhampiran. Dengan menggunakan proses sejatan 96 liter air dapat dihasilkan oleh papan iklan ini. Teknologi ini dibangunkan oleh University of Engineering & Technology (UTEC) Peru sebagai cara membantu komuniti dengan teknologi terkini. Papan iklan ini turut menjadi sumber air untuk sebuah kebun tanaman kobis. Kobis-kobis yang ditanam di kebun ini kemudian diberikan secara percuma kepada pengguna jalan raya.

Sebuah projek komuniti yang harus dipuji. Selain menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih ia kini juga dapat memberikan sumber makanan percuma.  Selepas harga barang asas meningkat naik pada tahun 2010, Datuk Seri Ismail Sabri ada menyarankan rakyat Malaysia menanam sayur mereka sendiri. Dengan penggunaan teknologi UTEC kami rasakan saranan Datuk Seri mungkin dapat dilakukan. Gunakan ratusan papan iklan gergasi yang sedia ada sebagai sumber air percuma. Masalah kekurangan air ketika musim kemarau dan harga makanan meningkat dapat diselesaikan sekaligus.

UTEC-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd