HP Memilih Bang & Olufsen Sebagai Rakan Kerjasama Teknologi Audio – Menggantikan Beats Audio

HP Memilih Bang & Olufsen Sebagai Rakan Kerjasama Teknologi Audio – Menggantikan Beats Audio

Diterbitkan pada Mac 25, 2015 oleh .

HP sebelum ini menggunakan teknologi Beats Audio pada beberapa produk mereka, termasuk komputer riba. Pada tahun lepas, pasca pengambil-alihan Beats oleh Apple, HP mengatakan mereka akan kekal menggunakan teknologi Beats sehingga 2015, dan kini HP dilihat telah bersedia untuk beralih.

HP BO

Rakan kerjasama baru mereka menggantikan Beats adalah Bang & Olufsen. Bang & Olufsen merupakan salah satu syarikat memfokuskan teknologi audio dan juga video, serta dikatakan mempunyai pengalaman dalam arena berkenaan sehingga 90 tahun lamanya.

Dengan kerjasama kedua-dua syarikat ini, HP dan Bang & Olufsen akan mengoptimasikan audio pada komputer riba, desktop, tablet serta beberapa aksesori lain daripada HP dengan audio yang lebih baik. HP juga akan menyertakan jenama B&O pada produk mereka, selain beberapa penambah-baikkan lain pada produk mereka.

HP menyatakan komputer pertama dengan jenama Bang & Olufsen akan hadir tidak lama lagi, selain turut akan hadir pada HP Spectre, OMEN, Envy serta produk komersial HP yang lain.


TIPS & ULASAN