Cari @ Amanz

HTC telah memperkenalkan telefon pintar One M9 di Barcelona pada awal bulan ini, dan kini HTC dilihat turut mempunyai sebuah lagi peranti baru untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Melalui jemputan media yang telah mula dihantar oleh HTC, mereka dilihat menjadualkan sebuah acara khusus pada 8 April di Beijing, China.

Jemputan yang dihantar turut memperlihatkan sebuah peranti baru yang berbeza dengan apa yang telah dilancarkan HTC. Gambar pada jemputan memperlihatkan kamera belakang dengan rekaan bulat, selain turut dilihat turut menyertakan dwi-kamera seumpama pada M8.

One Plus M9

Mengikut desas-desus yang tertiris sebelum ini, HTC dikatakan mungkin hadir dengan One M9 Plus, menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci serta mungkin dilengkapi cip MediaTek serta memori 3GB RAM. Kemungkinan besar juga, peranti ini akan menyertakan pengimbas cap jari seperti pada phablet HTC sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 9 April ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh HTC kelak.

One Plus M9

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd