Microsoft Dikatakan Akan Hadir Dengan Surface Baru Menjalankan Windows Versi Penuh

Microsoft Dikatakan Akan Hadir Dengan Surface Baru Menjalankan Windows Versi Penuh

Diterbitkan pada Mac 26, 2015 oleh .

Surface 2 telah diperkenalkan pada tahun lepas, namun jualannya agak rendah berbanding pelbagai tablet lain. Salah satu sebab untuknya boleh dikatakan kerana penggunaan Windows RT yang tidak menawarkan pengalaman penggunaan sistem operasi Windows yang menyeluruh.

Kini dengan Microsoft sendiri seperti kurang memfokuskan kepada Windows RT, dan lebih terhadap sistem operasi versi penuh mereka, laporan baru hadir mengatakan gergasi perkomputeran tersebut sedang menyiapkan Surface 3 yang mungkin diperkenalkan seawal bulan hadapan.

Surface 3 ini kelak dikatakan bakal menyasarkan penggunaan kasual, sementara keluarga Surface Pro pula akan lebih memfokuskan kepada mereka yang inginkan tenaga pemprosesan tinggi.

Spesifikasi penuh berkaitan dengan tablet-komputer daripada Microsoft ini masih tidak diketahui lagi – dan tidak mustahil Microsoft memilih Intel Atom atau Intel Core M sebagai cip pemprosesannya.

Microsoft telah pun menjadualkan acara BUILD mereka pada bulan April ini, dan berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenai produk baru mereka ini pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN