Facebook Kini Membolehkan Pembangun Mengintegrasikan Aplikasi Mereka Dengan Messenger

Facebook Kini Membolehkan Pembangun Mengintegrasikan Aplikasi Mereka Dengan Messenger

Diterbitkan pada Mac 26, 2015 oleh .

Facebook hari ini telah memulakan acara khusus untuk pembangun, dinamakan sebagai F8. Melaluinya, mereka membuka ucaptama dengan mengumumkan Facebook Messenger sebagai sebuah platform – sekaligus menerima aplikasi pihak ketiga untuk diintegrasikan ke dalam Messenger.

Perkara ini telah pun dilaksanakan oleh perkhidmatan permesejan LINE, WeChat dan sebagainya – tetapi dengan Facebook menyertai arena sama, ia semestinya memberikan impak yang besar.

Facebook Messenger

Dengan pengenalan ini, selain membolehkan pembangun mengintegrasikan perkhidmatan dan aplikasi mereka ke Messenger, Facebook juga turut memudahkan pengguna menemui aplikasi menggunakannya.

Sebuah halaman khusus disediakan untuk pengguna menemui aplikasi dan memasangnya pada peranti untuk digunakan bersama-sama Facebook Messenger.

Seperti biasa, Facebook telah pun mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk pengenalan Messenger sebagai platform ini, dan kita mungkin akan dapat melihat lebih ramai pembangun hadir membangunkan aplikasi dan perkhidmatan mereka untuk Facebook Messenger dalam bulan-bulan akan datang.

Facebook Messenger


TIPS & ULASAN