Cari @ Amanz

Facebook telah memperkenalkan pemalam untuk memudahkan pemilik laman menambah komen ke web mereka dengan mudah sebelum ini. Terkini, Facebook bersempena dengan acara F8 mengumumkan kemaskini untuknya, dan kini segala komen yang dibuat pada web akan turut sync dengan komen yang dibuat pada perkongsian pautan berkenaan di halaman Facebook sendiri.

Facebook F8

Kemaskini ini sekaligus memudahkan lagi untuk pemantauan segala komen yang dilakukan menggunakan sokongan Facebook Comment. Menurut Facebook, ini juga akan memudahkan pemilik sesuatu web untuk berinteraksi dengan lebih aktif, selain mengelakkan sebarang interaksi daripada terlepas begitu sahaja.

Facebook telah mula menguji sistem komen baru pada beberapa perkhidmatan seperti BuzzFeed dan Huffington Post. Mereka mengatakan akan menawarkan ia secara meluas kepada para penerbit digital pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd