(Konsep) Oasisaw : Pam Air Merangkap Permainan Jongkang Jongket

(Konsep) Oasisaw : Pam Air Merangkap Permainan Jongkang Jongket

Diterbitkan pada Mac 26, 2015 oleh .

oasisaw-1

Kita hampir memasuki bulan April dan tahun demi tahun bulan empat akan membawa masalah gangguan air di beberapa negeri di Malaysia. Tahun lalu warga Lembah Klang merungut kerana berlaku catuan air selama lebih sebulan. Tong air plastik terpaksa dibeli bagi menyimpan air. Situasi yang dialami warga Malaysia sebenarnya tidak seteruk sebilangan besar penduduk di negara yang lain. Menurut statistik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, 1.2 billion penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada sistem air yang bersih. Sumber air terpaksa diambil dari sungai ataupun perigi yang digali.

Oasisaw ialah konsep pam air merangkap jongkang jongket. Pam air mainan ini direka oleh Jinhyuk Kim dari Universiti Hanyang sebagai cara membekalkan air bersih kepada penduduk di Afrika. Jinhyuk menyedari terdapat masalah mendapatkan air bersih di Afrika. Pam tangan biasa memerlukan tenaga yang banyak dan memenatkan. Kanak-kanak Afrika tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk mengepam air. Jongkang jongket mempunyai tuil yang panjang sekaligus tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk digerakkan. Pada masa yang sama kanak-kanak. dapat bermain sambil mengepam. Sebuah generator elektrik terbina di dalam pam ini turut menghasilkan tenaga elektrik yang kemudian menggerakkan sistem penapisan tiub nano Oasisaw.

oasisaw-2

 


TIPS & ULASAN