Cari @ Amanz

Golden-Dreams-Iphone-2Dalam sebuah bancian yang dilakukan pada tahun 2013, jenama Apple mendapat tempat pertama di dalam senarai barangan mewah yang paling dikenali oleh kebanyakan pengguna. Ini diikuti pula oleh Aston Martin. Jelas sekali Apple bukan sebuah syarikat teknologi biasa dan kini boleh bersaing dengan jenama mewah seperti LV, Chanel dan Rolls Royce. Tidak mengejutkan juga selari dengan status mereka sebuah syarikat berjenama mewah, Apple “mencuri” Angela Ahrend yang dahulunya adalah CEO syarikat Burberry. Sungguhpun begitu bagi mereka yang mempunyai citarasa yang lebih mewah, rekaan peranti Apple mungkin belum cukup eksklusif untuk citarasa mereka.

Golden Dreams ialah sebuah syarikat barangan mewah yang berpangkalan di Switzerland. Mereka menghasilkan iPhone yang diubahsuai dengan kemasan eksotik. Panel belakang iPhone 6 mereka mempunyai kemasan yang diperbuat daripada kulit ular sawa, buaya dan juga burung unta. Sisi logam peranti disadur dengan emas dan butang kawalan ditatah dengan berlian. iPhone di dalam koleksi Masterpiece mereka mempunyai ukiran naga yang diperbuat daripada emas dengan mata diperbuat daripada batu delima.

Harga edisi mewah iPhone ini tidak diumumkan tetapi versi iPhone 5 yang mereka hasilkan dua tahun yang lalu mencecah $7000 sebuah. Harga yang agak melampau bagi sebuah peranti pintar tetapi jika difikirkan masih lebih murah berbanding Apple Watch Edition yang mencecah harga $10000.

Golden-Dreams-iphone-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd