(Konsep) Big Table Top : Konsol Gabungan Tablet dan Permainan Atas Kadbod

(Konsep) Big Table Top : Konsol Gabungan Tablet dan Permainan Atas Kadbod

Diterbitkan pada Mac 27, 2015 oleh .

Big Table Top 2Jika anda membesar di dekad 80an, permainan atas kadbod seperti Sahiba, Saidina dan Catur adalah sebahagian daripada mainan zaman kanak-kanak anda. Permainan ini memerlukan dua ataupun lebih pemain duduk semeja dan selalunya dimainkan bersama ahli keluarga. Ianya dijadikan alat untuk mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga. Permainan atas kadbod seperti ini semakin pupus kerana ahli keluarga sekarang lebih berminat menumpukan perhatian kepada telefon pintar milik mereka.  Situasi sanak saudara lebih rela bercakap dengan teman atas talian dari bercakap sesama sendiri ketika hari raya kini sudah menjadi kebiasaan.

Big-Table-Top-3Big Table Top rekaan  Benjamin Sowa cuba memodenkan permainan atas kadbod, tablet dan mengembalikan interaksi antara keluarga. Ianya sebuah tablet gergasi segi empat sama yang mempunyai saiz yang sama dengan permainan atas kadbod. Ia turut dilengkapi empat pengawal permainan yang ditambat kepada tablet secara BlueTooth.

Big Table Top diletakkan di atas meja seperti permainan atas kadbod tetapi memainkan permainan 3D moden. Permainan berbeza boleh dimainkan dengan menggunakan kad memori tambahan. Setiap permainan juga boleh mempunyai buah permainan fizikal yang berinteraksi dengan skrin Big Table Top. Dengan Big Table Top, permainan kadbod yang semakin dilupakan dimodenkan tetapi masih mengekalkan keperluan ianya dimainkan bersama ahli keluarga.

Sebuah idea pemodenan permainan kadbod yang menarik dan inovatif. Usaha Benjawin Sowa untuk mengeratkan hubungan di antara keluarga yang semakin renggang juga harus dipuji. Tetapi jalan penyelesaian yang digunakan adalah mahal. Cara paling mudah mungkin hanya mengharamkan penggunaan peranti pintar ketika di rumah seperti yang dilakukan ibu bapa kami. Haramkan sahaja di ruang tamu dan meja makan sepanjang musim perayaan.


TIPS & ULASAN