WhatsApp Mungkin Membolehkan Pengguna Membuat Salinan Pendua Chat Dan Media Ke Google Drive

WhatsApp Mungkin Membolehkan Pengguna Membuat Salinan Pendua Chat Dan Media Ke Google Drive

Diterbitkan pada Mac 27, 2015 oleh .

Bagi anda yang sering bertukar-tukar telefon dan menggunakan nombor telefon sama untuk WhatsApp, anda mungkin hadapi salah satu masalah terutamanya ketika ingin memindahkan data-data sedia ada seperti mesej perbualan dan media yang dikongsikan pada perkhidmatan tersebut.

Perkara mengenai membuat salinan pendua perbualan dan juga media dari WhatsApp ini mungkin berubah tidak lama lagi. Ia didapati pihak WhatsApp sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan fungsi memudahkan pengguna membuat salinan pendua – berkemungkinan dengan menghubungkan WhatsApp ke perkhidmatan storan awan seperti Google Drive.

WhatsApp telah pun mula menghubungi beberapa penterjemah yang berdaftar dengan mereka untuk menterjemah terma berkaitan membuat salinan pendua ini – memberikan petanda mereka sedang membangunkan fungsi seumpamanya. Tetapi, seperti biasa ia masih tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan fungsi tersebut secara rasminya, ataupun ia hanya ujian secara dalaman syarikat sahaja.


TIPS & ULASAN