HTC Desire 526G Dwi-SIM Mula Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM529
HTC

HTC Desire 526G Dwi-SIM Mula Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM529

Diterbitkan pada Mac 27, 2015 oleh .

HTC pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah keluarga Desire, dan Desire 526G merupakan salah satu daripadanya. Kini, peranti tersebut juga turut dilihat telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

HTC Desire 526G

HTC Desire 526G merupakan peranti berspesifikasi pertengahan dan hadir dengan sokongan dwi-SIM. Dari segi spesifikasi, telefon ini membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dan dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel, serta cip pemprosesan empat-teras. Telefon ini turut menggunakan memori sebanyak 1GB RAM dan menggunakan Android 4.4 dengan antaramuka Sense.

Dari segi rekaan, peranti ini turut membawakan sokongan speaker pada bahagian hadapan dan membawakan perwarnaan dua tona seperti pada beberapa peranti Desire sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan HTC Desire 526G ini pada harga RM529 di Malaysia.


TIPS & ULASAN