Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia telah mula menawarkan Redmi 2 sejak minggu ini di Malaysia, tetapi ketika pengenalannya ia hanya ditawarkan dalam bentuk jualan terhad yang dihadkan kuantiti dan masa penawarannya. Perkara tersebut dilihat akan diubah oleh Xiaomi bermula minggu depan.

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Bermula hari Isnin ini, Redmi 2 akan dijual dalam bentuk jualan terbuka, membolehkan pengguna membuat tempahan dan membeli telefon pintar mampu milik berkenaan pada bila-bila masa dengan mudah. Tetapi, ia masih akan dijual melalui laman rasmi Mi Malaysia.

Redmi 2 merupakan telefon pintar mampu milik daripada Xiaomi, hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, dan menjadi salah satu fokus utama pada peranti ini adalah sokongan dwi-SIM dengan 4G padanya. Redmi 2 dijual pada harga RM449 di Malaysia.

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd