Berjaya Group Inginkan REDtone – Menawarkan Pengambil-Alihan Bersyarat

Berjaya Group Inginkan REDtone – Menawarkan Pengambil-Alihan Bersyarat

Diterbitkan pada Mac 27, 2015 oleh .

Berjaya RedtoneBerjaya Group merupakan salah satu syarikat terkemuka tempatan, dan mempunyai pelbagai penawaran perkhidmatan dan produk dibawah mereka. Terkini Berjaya Group turut dilihat ingin menambah REDtone International Bhd dibawah mereka.

Berjaya Group telah pun sedia membuat pelaburan pada REDtone sejak sebelum ini, dan hari ini, mereka dengan mengambil-alih beberapa saham telah mempunyai pegangan sebanyak 35.84%.

Untuk mendapatkan baki 64.16% saham, Berjaya Group menawarkan 80 sen untuk setiap saham – yang dianggap ramai penawarannya adalah agak rendah berbanding harga penutup pasaran hari ini, iaitu 83 sen.

Pada masa yang sama, Sultan Johor yang mempunyai lebih kurang 20.13% saham di REDtone ini turut dikatakan tidak berminat untuk menjual pegangan buat masa ini.

Melalui dokumen yang dihantar ke Bursa Saham, Berjaya Group dilihat berminat dengan beberapa perkhidmatan REDtone, terutamanya berkaitan pengurusan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi, perkhidmatan teleradiology dan beberapa perkara lain.

Jika pengambil-alihan Berjaya Group ini berjaya, maka kita akan dapat melihat REDtone menjadi sebahagian daripada Berjaya Group, selain membolehkan Berjaya Group menambah perniagaan dalam arena informasi dan telekomunikasi di Malaysia dan China.


TIPS & ULASAN