Vine Kini Membawakan Sokongan Paparan Video Beresolusi Tinggi

Vine Kini Membawakan Sokongan Paparan Video Beresolusi Tinggi

Diterbitkan pada Mac 28, 2015 oleh .

Vine merupakan perkhidmatan milik Twitter yang membolehkan pengguna berkongsi video sepanjang 6 saat dalam bentuk segi empat-sama. Pelbagai video kreatif yang sering dikongsikan penggunanya, yang boleh diakses menggunakan web, ataupun melalui iPhone atau peranti Android.

Vine sehingga kini hanya menyokong video dengan paparan resolusi 480p sahaja, dan perkara tersebut akan berubah mulai hari ini. Vine mengatakan pengguna boleh memuat-naik video pada kadar resolusi 720p, sekaligus menjadikan paparan setiap video pada perkhidmatan tersebut lebih cantik berbanding kebiasaan.

Fungsi ini akan diaktifkan kepada pengguna iOS terlebih dahulu, dan Vine mengatakan sokongan memuat-naik video pada resolusi tinggi untuk pengguna Android “akan datang” tanpa memberikan sebarang info berkaitan masa pengenalannya.


TIPS & ULASAN