Windows 10 Technical Preview Akan Hadir Untuk Lebih Banyak Telefon Lumia

Windows 10 Technical Preview Akan Hadir Untuk Lebih Banyak Telefon Lumia

Diterbitkan pada Mac 29, 2015 oleh .

Microsoft telah mula menawarkan Windows 10 Technical Preview untuk telefon sejak bulan Februari yang lepas, dan berkongsi lanjut mengenainya, hari ini Microsoft mengatakan sokongan Windows 10 Technical Preview akan diperluaskan kepada lebih banyak telefon pintar berasaskan Windows Phone tidak lama lagi.

Ketika pengenalannya, ia hanya terhad untuk beberapa model baru sahaja, membuatkan tidak semua pengguna dapat mengujinya – terutamanya yang berspesifikasi tinggi.

Melalui kemaskini Windows 10 Technical Preview akan datang, pelbagai peranti Lumia akan menerima sokongan untuk memasangnya, dan antaranya adalah termasuk:

Lumia 1020, Lumia 1320, Lumia 1520, Lumia 520, Lumia 525, Lumia 530, Lumia 535, Lumia 620, Lumia 625, Lumia 630, Lumia 635, Lumia 720, Lumia 730, Lumia 735, Lumia 810, Lumia 820, Lumia 820, Lumia 920, Lumia 925, Lumia 928, Lumia ICON, Lumia 430, Lumia 435, Lumia 532, Lumia 640

Mungkin pengenalan sokongan ini kelak akan membolehkan Microsoft menerima lebih banyak maklumbalas daripada pengguna sebelum memperkenalkan versi akhir kepada umum.


TIPS & ULASAN