Pebble Time Mengumpulkan Lebih Daripada RM73 Juta Melalui KickStarter

Pebble Time Mengumpulkan Lebih Daripada RM73 Juta Melalui KickStarter

Diterbitkan pada Mac 29, 2015 oleh .

Pebble telah memulakan proses pengumpulan dana melalui KickStarter sejak bulan Februari yang lepas untuk Pebble Time, dan kini pengumpulan dana untuknya telah pun berakhir secara rasminya. Pebble Time secara keseluruhan telah mengumpulkan dana melangkaui $20 juta (~RM73 juta) melalui kempen mereka di KickStarter.

Pebble Time

Pebble Time merupakan kemaskini kepada keluarga Pebble sebelum ini, dimana kali ini ia hadir dengan beberapa kemaskini baru. Yang paling ketara adalah penggunaan skrin berwarna, tetapi masih mengekalkan masa bertahan bateri sehingga 7 hari melaluinya. Pebble turut mengemaskini sistem operasi yang digunakan pada Pebble Time, selain menawarkan sokongan kalis air dan juga API untuk para pembangun.

Dengan tamatnya proses pengumpulan dana ini, pihak Pebble akan memulakan proses pengeluaran untuknya dan dijangka memulakan penghantaran bermula bulan Mei kelak.


TIPS & ULASAN