Flickr Tab – Memaparkan Gambar Menarik Dari Flickr Pada Tab Baru Chrome

Flickr Tab – Memaparkan Gambar Menarik Dari Flickr Pada Tab Baru Chrome

Diterbitkan pada Mac 29, 2015 oleh .

Terdapat pelbagai pemalam khusus untuk Chrome yang mengubah halaman tab baru, dan menjadikan ia lebih menarik dan produktif. Terkini, pihak Flickr sendiri dilihat hadir dengan sebuah pemalam khusus untuk pengguna Chrome, dinamakan sebagai Flickr Tab.

Flickr Tab membolehkan pengguna mengubah paparan tab baru pada Chrome dengan menarik pelbagai gambar-gambar menarik daripada Flickr dan paparkannya dalam bentuk paparan penuh pada tab baru Chrome.

Flickr Tab

Pengguna juga turut boleh berinteraksi dengan gambar, dimana dengan klik pada nama pemilik gambar, ia akan membuka halaman Flickr dan memaparkan lebih banyak gambar daripada seseorang pemilik berkenaan.

Bagi anda yang sering menggunakan Google Chrome, dan ingin melihat gambar baru setiap kali membuka tab baru di pelayar web anda, mungkin Flickr Tab dapat membantu anda.

Muat-Turun Flickr Tab untuk Chrome


TIPS & ULASAN