Skrin Samsung Galaxy S6 Edge Mampu Tahan Ujian Baling Ke Lantai

Skrin Samsung Galaxy S6 Edge Mampu Tahan Ujian Baling Ke Lantai

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

Setiap kali hadirnya telefon pintar baru, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah ujian jatuh yang dilakukan ke atasnya. Kini, dengan pengenalan Galaxy S6 Edge oleh Samsung, sebuah video baru hadir ke arena web memperlihatkan ujian jatuh agresif dilakukan ke atasnya.

Melalui video yang dikongsikan melalui laman Youku, ia memperlihatkan seorang pengguna mengambil peranti Galaxy S6 Edge dan mencampaknya secara agresif pada lantai. Dan apa yang mengejutkan adalah skrinnya tahan hentak, dan tiada kesan retak yang berlaku ke atas skrinnya.

Jika benar hasil yang ditunjukkan, maka boleh dikatakan binaan yang dibawakan oleh Samsung untuk Galaxy S6 Edge ini adalah sesuatu yang membanggakan, dan mengurangkan kesangsian pengguna ke atas ketahanannya memandangkan menggunakan kaca pada bahagian hadapan dan belakang.


TIPS & ULASAN