3 Saluran YouTube Tempatan Yang Memfokuskan Kepada Makanan Dan Resipi

3 Saluran YouTube Tempatan Yang Memfokuskan Kepada Makanan Dan Resipi

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

Bercakap mengenai YouTube, boleh dikatakan terdapat pelbagai penawaran kandungan menarik melaluinya. Daripada Khan Academy memfokuskan kepada pembelajaran, sehinggalah pelbagai perkara lain – dan termasuk tidak dilupakan adalah makanan.

Untuk makanan tempatan sendiri, terdapat beberapa saluran yang memberikan fokus menyeluruh mengenainya, dan berkongsi mengenai resipi, tempat makan menarik, dan beberapa info menarik lain mengenai masakan dan sebagainya.

Nyonya Cooking

Nyonya Cooking dihoskan dalam bahasa Inggeris, tetapi memfokuskan kepada masakan-masakan menarik di Malaysia yang boleh dimasak dan dicuba sendiri di rumah.

Layari : Nyonya Cooking

VitDaily

Salah satu saluran YouTube yang masih baru, dan melalui saluran YouTube ini, pihak VitDaily berkongsi mengenai tempat makan menarik sekitar Malaysia, selain pada masa yang sama turut hadir dengan beberapa resipi unik yang boleh dicuba oleh semua.

Layari : VitDaily Media

TryMasak

Salah satu media yang telah beroperasi sekian lama, dan melalui saluran ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai resipi untuk dicuba, selain turut melihat beberapa video daripada acara berkaitan memasak yang diadakan sekitar Malaysia. Namun, video baru untuk TryMasak ini dilihat semakin kurang dimuat-naik berbanding kedua-dua saluran di atas.

Layari : TryMasak


Selain ketiga-tiga saluran YouTube ini, terdapat beberapa saluran tempatan yang turut membawakan beberapa resipi untuk dicuba, tetapi kurang konsisten atau tidak memfokuskan sepenuhnya terhadap makanan dan resipi. Jika anda mempunyai sebarang saluran menarik yang turut ingin dikongsikan, jangan lupa berkongsi dengan kami.


TIPS & ULASAN