Gas Scale : Penimbang Pintar Mengesan Jumlah Gas Di Dalam Tong Gas Dengan Pengesan Kebocoran Terbina

Gas Scale : Penimbang Pintar Mengesan Jumlah Gas Di Dalam Tong Gas Dengan Pengesan Kebocoran Terbina

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

Gas-ScaleTidak seperti di negara dunia pertama, gas memasak tidak disalurkan secara terus ke dalam rumah di Malaysia. Sebaliknya kita bergantung kepada tong gas memasak untuk menyalakan api di dapur. Masalah utama menggunakan tong gas ialah kesukaran mengagak jumlah gas yang tinggal. Kerap kali berlaku gas habis ketika memasak di waktu malam. Kedai pula sudah tutup dan makanan yang dimasak terpaksa dibuang.

Gas Scale ialah alat yang boleh memudahkan proses mengagak isipadu gas yang ada di dalam tong gas. Penimbang berat pintar ini diletakkan pada bahagian bawah tong dan ditambat kepada peranti pintar anda menggunakan BlueTooth. Isipadu gas memasak di dalam tangki dipantau berdasarkan berat yang semakin berkurangan selepas digunakan. Dari penggunaan harian aplikasi Gas Scale boleh melakukan perkiraan bilakah gas akan habis. Apabila gas sudah mencecah tahap kritikal ia akan memberikan anda notifikasi. Ia juga mempunyai sensor kebocoran gas terbina. Apabila kebocoran berlaku penggera akan berbunyi pada Gas Scale dan peranti pintar anda. Kemalangan akibat kebocoran dapat dielakkan.

Gas Scale masih lagi di peringkat prototype dan akan dijual dalam masa terdekat. Sebuah alat pintar yang kami mahukan sekarang juga jika boleh. Aneh sekali sungguhpun masalah sukar mengagak berapa banyak gas yang tinggal di dalam tong ini sudah berdekad lamanya hanya sekarang Gas Scale dicipta. Ini mungkin projek pemintaran barangan harian yang paling kami gemari setakat ini.

 


TIPS & ULASAN