Cari @ Amanz

braill-Smart-Watch-1Tahun 2015 akan menjadi tahun jam tangan pintar. Kesemua pengeluar peranti pintar utama dunia sudah memperlihatkan jam tangan pintar mereka untuk tahun ini. Apple dengan Apple Watch, Huawei dengan Huawei Watch dan Samsung dengan projek Orbis. Malang sekali kesemua jam tangan pintar yang ada di pasaran ataupun akan dipasarkan tidak mesra kepada OKU penglihatan. Menyedari kekurangan ini, Jihoon Kim menghasilkan konsep Braille Smart Gear.

Jam tangan pintar ini tidak mempunyai skrin sesentuh sebaliknya mempunyai muka jam yang boleh memaparkan tulisan Braille. Pengguna OKU penglihatan kini boleh membaca SMS yang dihantar terus pada jam tangan ini. Sokongan aplikasi navigasi GPS turut disertakan, Jam tangan pintar ini juga boleh menjawab dan melakukan panggilan telefon. Konsep ini hanya membenarkan pengguna membaca mesej dan paparan informasi dari peranti pintar yang ditambat. Malang sekali tidak ada pula fungsi untuk menaip Braille terbina untuk mereka menjawab mesej yang diterima secara terus.

Kami mempunyai seorang jiran yang merupakan OKU penglihatan. Beliau masih lagi menggunakan sebuah peranti Nokia lama. Apabila ditanya mengapa tidak menggunakan peranti pintar beliau menjawab peranti pintar tidak mempunyai butang fizikal. Beliau tidak dapat melihat menaip menggunakan skrin sesentuh. Telefon “tidak pintar” yang kita cemuhi sebenarnya sangat pintar bagi warga ini berbanding peranti pintar yang kita gunakan. Ia boleh membaca SMS yang dihantar serta mudah diajar penggunaannya kepada OKU penglihatan. Jiran kami risau kerana telefon beliau sudah uzur dan model yang sama tidak lagi dijual. Sedang kita giat memintar peranti kita lupa ada golongan yang masih memerlukan peranti “tidak pintar”. Kadang kala terasa kasihan dengan mereka yang sering dilupakan.

 

braill-Smart-Watch-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd