Kemas Kini Android 5.0 Untuk HTC One M7 Kini Sedia Dimuat Turun
HTC

Kemas Kini Android 5.0 Untuk HTC One M7 Kini Sedia Dimuat Turun

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

HTC-one-M7-lollipopKemas kini Andorid 5.0 diperlihatkan kepada umum Jun 2014 dan hanya muncul di beberapa peranti terpilih November lalu. Penanti kepada sistem operasi terkini Android ini adalah sangat memeritkan. Agak mengejutkan tidak sampai 1% peranti Android dunia menggunakan Lollipop setakat ini. Jika anda pengguna HTC One M7 hari ini ada berita baik untuk anda. Kemasan kepada Android 5.0 boleh dimuat turun sekarang.

Kemasan ini mungkin adalah kemasan sistem operasi terakhir untuk HTC One M7i kerana HTC tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memberikan Android 5.1. Saiz muat turun adalah 765 Megabyte. Kemas kini kepada Lollipop untuk One M7 tiba dua bulan selepas One M8 menerimanya Januari lalu. Jika kemas kini telah anda lakukan sila berikan maklum balas anda di ruangan komen di bawah.


TIPS & ULASAN