Carian
Maxis Berjanji ‘Tiada Lagi Kejutan Bil’ Dari Mereka – Panggilan & SMS Tanpa Had
April 1, 2015 Ikhwan Nazri

Sebulan yang lepas, Maxis telah menjemput kami untuk menguji ‘Zero Bill Shock Promise’. Apa yang mereka janjikan adalah tiada lagi kejutan terhadap bil telefon anda terhadap perkara-perkara yang tidak anda sedari. Antara kriteria yang diberikan adalah ia perlu diuji oleh mereka yang membuat banyak panggilan dan juga SMS kerana janji Maxis ialah pelanggan mereka tidak perlu risau dengan caj pelan Maxis One.

Sekiranya anda tidak pernah mengetahui mengenai pelan Maxis One, pelan ini menjanjikan pada kadar langganan RM 128 sebulan, pelanggan boleh melakukan panggilan telefon, mengirim SMS tanpa had. Bagi melayari internet, terdapat kuota 2GB pada kelajuan 4G LTE manakala sekiranya pelanggan ingin menggunakan perayauan antarabangsa untuk 106 negara, pelanggan hanya akan dicaj RM38 setiap hari. Sekiranya kuota data 2GB yang telah tersedia tidak cukup untuk pelanggan, pelanggan boleh menambah kuota data bermula pada harga RM30 untuk tambahan 1GB.

Sekiranya terdapat kejutan atau ketidaktentuan bil, bayaran bil bulan tersebut akan dikecualikan Maxis Pakej tanpa had ini semestinya memberikan lebih nilai bagi mereka yang bukan sahaja memerlukan internet untuk keperluan seharian, namun turut memerlukan panggilan dan sms tanpa had. Sekiranya anda pengguna persendirian yang memiliki syarikat atau lebih sukakan berkata-kata berbanding menghantar mesej melalui aplikasi permesejan, dengan Maxis One anda punya pelbagai cara untuk menyampaikannya. Tiada lagi ketidaktentuan bil dengan penawaran pelan sebegini kerana pada kadar tetap, panggilan dan SMS boleh dilakukan tanpa had. Bagi penawaran internet, tiada sebarang caj PPU (pay-per-use data) akan dikenakan sekiranya pengguna habis menggunakan kuota 2GB mereka.

Dengan pelan Maxis One ini juga Maxis berjanji tiada lagi kejutan bil buat pelanggannya. Mereka juga menjamin perihal ini dan sekiranya terdapat sebarang kejutan mahupun ketidaktentuan bil, Maxis tidak akan menghendaki bayaran bil pada bulan tersebut. Ini merupakan komitmen janji mereka terhadap apa yang dikatakan sebagai ‘Zero Bill Shock Promise’.

Penafian: Advertorial dari Maxis.

Komen