Google Malaysia Melancarkan Laman Carian Versi Yang Lebih Ringan Dan Pantas Untuk Peranti Mudah-Alih

Google Malaysia Melancarkan Laman Carian Versi Yang Lebih Ringan Dan Pantas Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena mudah-alih, Google juga turut berusaha untuk hadir dengan pelbagai penambah-baikkan dalam menjadikan web lebih pantas pada skrin kecil. Terkini, Google Malaysia mengemaskini penawaran laman carian versi mudah-alih, dan mengatakan kini ia boleh diakses dengan lebih pantas.

Google mengatakan kini laman carian mereka beroperasi dengan lebih pantas walaupun untuk mereka yang mempunyai sambungan internet yang perlahan pada peranti mudah-alih mereka. Kemaskini ini ditawarkan secara automatik dalam menawarkan hasil carian kepada pengguna.

Google Search Lite

Melalui perubahan ini juga, jika anda mempunyai sambungan internet yang perlahan, maka gambar, peta dan sebagainya tidak akan diperlihatkan pada carian utama – sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui berkenaan sesuatu perkara tersebut dengan pantas tanpa perlu menunggu masa yang lama. Tetapi, jika akses internet anda adalah pantas, maka ia akan diperlihatkan seperti biasa.

Google Malaysia mengatakan ini merupakan salah satu langkah mereka dalam terus memudahkan pengguna untuk mengakses informasi walau apa jua keadaan dan pada bila-bila masa dengan pantas.


TIPS & ULASAN