Spotify Kini Boleh Dinikmati Pada Konsol PlayStation Anda

Diterbitkan pada Mac 30, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify pada awal Januari tahun ini telah mengumumkan ingin membawa perkhidmatan mereka ke pengguna konsol PlayStation 3 dan juga PlayStation 4. Hari ini, sokongan tersebut diperkenalkan secara rasminya melalui pengenalan PlayStation Music.

Dengan perkhidmatan Spotify pada PlayStation ini, kini anda boleh terus strim lagu-lagu kegemaran anda dari Spotify terus pada PlayStation anda, selain turut menikmatinya sebagai lagu latar ketika sedang memainkan sesuatu permainan.

Spotify PlayStation 4

Spotify PlayStation 4

Sony turut mengoptimasikan perisian mereka dalam menawarkan kemudahan untuk mengubah lagu pada latar dengan mudah ketika sedang memainkan sesuatu permainan, selain integrasi Spotify Connect yang membolehkan pengguna mengawalnya melalui peranti mudah-alih Android atau iOS.

Spotify PlayStation 4

Spotify PlayStation 4

Kemaskini sokongan Spotify untuk PlayStation 4 dan juga PlayStation 3 ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami