April Fool Daripada Maxis Hadir Awal – Maxis Screen Savour Ingin Membolehkan Anda Merasa Makanan Dari Telefon

April Fool Daripada Maxis Hadir Awal – Maxis Screen Savour Ingin Membolehkan Anda Merasa Makanan Dari Telefon

Diterbitkan pada Mac 30, 2015 oleh .

Maxis Screen SavourDengan tarikh 1 April yang menjelang tiba, pelbagai syarikat bersedia dengan penipuan mereka dengan gaya sekreatif mungkin, yang mana turut menjadi sebahagian daripada kaedah mereka mempromosikan jenama mereka kepada orang ramai. Terkini, nampaknya tarikh 1 April untuk Maxis hadir lebih awal dengan video April Fool mereka dengan sebuah produk dinamakan Maxis Screen Savour.

Maxis Screen Savour ini merupakan sebuah pelindung skrin yang turut hadir dengan beberapa integrasi teknologi, membolehkan ia menghasilkan rasa untuk sesuatu gambar yang dipaparkan pada skrin. Maxis mempunyai penjelasan saintifik mereka tersendiri untuknya – yang mana seperti biasa boleh dikatakan agak kelakar.

Maxis mengatakan pengguna boleh merakamkan gambar makanan menggunakan telefon pintar mereka, dan seterusnya melalui integrasi sebuah cip khusus, ia boleh menghasilkan rasa makanan tersebut – sekaligus membolehkan anda merasai sesuatu menu sebelum membuat tempahan untuknya.

Maxis turut menyediakan sebuah halaman khusus untuknya dan mempunyai penerangan lanjut mengenai Screen Savour ini.

Dengan Maxis yang telah hadir dengan lawak April Fool mereka lebih awal, semestinya kini ramai menantikan apakah yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi lain di Malaysia, selain syarikat teknologi global yang lain.


TIPS & ULASAN