Carian
GST Memberi Tekanan Dan Impak Kepada Penerbit Digital Tempatan
March 30, 2015 Aman

GSTGST bakal diperkenalkan bermula 1 April ini, dan pelbagai syarikat mula bersedia untuknya – dan turut tidak ketinggalan adalah para pengguna tempatan. GST sering dipromosikan sebagai membawa kepada impak positif kepada Malaysia, tetapi pada masa yang sama ia juga turut membawakan beberapa kesan negatif.

Salah satunya adalah terhadap usahawan teknologi tempatan. Seperti semua sedia maklum, syarikat tempatan yang menjual perkhidmatan kepada pengguna tempatan dikenakan dengan GST, sebaliknya syarikat yang beroperasi dari luar boleh terlepas daripadanya. Perkara ini memberikan impak yang besar kepada beberapa industri, salah satunya adalah penerbit ebuku di Malaysia.

Berkongsi mengenainya, pihak e-Sentral mengatakan langkah GST yang dikenakan terhadap ebuku atau buku digital ini membawa pada kesan negatif terhadap usahawan tempatan. Ini adalah kerana entiti asing yang menjual melalui platform mereka boleh menjual kandungan kepada pengguna Malaysia tanpa GST, sementara pengusaha tempatan seperti eSentral terpaksa mengenakan kadar GST.

Ini sekaligus menghukum rakyat Malaysia yang juga usahawan daripada bersaing dengan syarikat gergasi global, dan seperti biasa, pengguna semestinya akan memilih perkhidmatan yang lebih murah dan menguntungkan mereka.

esentral

Sebelum ini, GST untuk buku digital dikatakan tidak akan dikenakan, tetapi perkara terebut berubah. Kerajaan tidak mengenakan GST untuk buku bercetak fizikal sementara versi digital masih dikenakan GST. Pihak kerajaan mengatakan buku tidak dikenakan GST kerana ingin memupuk budaya membaca di Malaysia – tetapi ia agak pelik untuk versi digital dikenakan caj GST memandangkan kini dunia beralih ke arena digital.

Bercakap lanjut mengenai perkara ini, Faiz yang merupakan ketua pengarah urusan untuk eSentral, salah satu syarikat penerbit buku digital di Malaysia mengatakan, kelak mungkin mereka tiada sebarang pilihan kecuali beroperasi dari luar Malaysia, untuk pengguna Malaysia.

Komen