Google Mengintegrasikan Photos Terus Pada Google Drive

Google Mengintegrasikan Photos Terus Pada Google Drive

Diterbitkan pada Mac 31, 2015 oleh .

Google PhotosDesas-desus mengenai Google+ Photos yang bakal diasingkan bukan sesuatu yang baru, dan hari ini Google memulakan langkahnya dengan mengintegrasikan perkhidmatan Google+ Photos terus ke perkhidmatan Google Drive.

Dengan integrasi ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai dokumen mereka terus melalui satu lokasi yang sama. Seperti biasa, pengguna selain boleh membuat salinan pendua terus ke Google+ Photos, anda juga turut boleh membuat suntingan gambar dan berkongsi gambar terus melaluinya.

Kemaskini baru ini telah mula diimplementasikan oleh Google pada perkhidmatan Google Drive di web, Android dan juga iOS.

Jadi, apa kata anda berkenaan integrasi perkhidmatan Google+ Photos terus ke Google Drive berbanding sebelum ini?


TIPS & ULASAN