Kemas Kini Android Lollipop Untuk Sony Xperia Z2 & Z2 Tablet Dijangka Tiba Minggu Depan

Kemas Kini Android Lollipop Untuk Sony Xperia Z2 & Z2 Tablet Dijangka Tiba Minggu Depan

Diterbitkan pada Mac 31, 2015 oleh .

Kemas kini kepada Android Lollipop sangat dinantikan. Hari ini Sony mengesahkan kemas kini Lollipop secara global untuk keluarga Xperia Z3 akan bermula hari ini. Selain daripada itu pihak Sony juga mengumumkan Xperia Z2 dan Z2 Tablet kan menerima kemas kini mereka pada minggu hadapan. Kemas kini ini akan dilakukan secara global menurut mereka. Malang sekali masih tiada pula pengesahan bilakah Xperia Z1 akan menerima kemas kini yang serupa. Kepada pemilik Z3 di Malaysia adakah anda sudah menerima kemas kini ini? Kami sudah mencuba sejak pagi tadi tetapi masih belum berjaya.

 

 


TIPS & ULASAN