Awal bulan yang lalu Sony menimbulkan sedikit kontroversi apabila mengatakan hanya peranti dari keluarga Xperia Z akan menerima kemasan Lollipop. Maklum balas dari pengguna Sony yang menggunakan peranti luar dari keluarga Xperia Z adalah sangat negatif. Hari ini Sony mengumumkan Xperia T2 Ultra dan Xperia C3 turut akan menerima kemas kini Android Lollipop di masa hadapan. Tiada tarikh muktamad diberikan tetapi besar kemungkinan selepas kesemua peranti keluarga Xperia menerima kemasan mereka. Keputusan Sony ini pastinya mendapat reaksi lebih positif dari pengguna. Xperia C3 dan T2 Ultra bukanlah peranti lama dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kemasan sistem operasi terkini.