Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh didapati di pasaran pada 17 April ini. Peranti terkini Samsung ini melakukan pelbagai pembaharuan dari segi fizikal dan juga perisian bagi menjadikannya peranti terbaik di pasaran. Sebelum ini kami ada menulis mengenai penambahbaikan dan fungsi terbaru pada kamera telefon pintar ini. Hari ini mari kita lihat pula penambahbaikan dari segi kemasan dan rekaan peranti.

Kemasan Kaca Dan Aluminium

Dari GALAXY S hinggalah ke GALAXY S5 rekaan peranti keluarga GALAXY S majoritinya diperbuat daripada polikarbonat. Bahan binaan ini dipilih bagi memastikan peranti kekal ringan selepas cangkerang digunakan. Sejak kebelakangan ini pasaran mula dipenuhi peranti yang diperbuat daripada aluminium dan juga kaca. Dua bahan binaan ini kini harus digunakan bagi peranti utama yang memasuki pasaran.

Samsung akhirnya akur dengan permintaan pasaran dan Galaxy S6 dan S6 Edge kini diperbuat sepenuhnya daripada aluminium dan kaca. Kemasan sisi tubuh melengkung bagi memberikan keselesaan semasa menggenggam peranti. Panel belakang yang diperbuat daripada Gorilla Glass 4 pula mempunyai rekaan unik memantulkan warna berbeza apabila dilihat dari sudut berbeza. Dengan S6 dan S6 Edge Samsung meninggalkan stigma rekaan plastik murahan yang dialaminya selama ini.

Galaxy-S6-Edge-M2330039

Dwi Skrin Sisi S6 Edge

Samsung terkenal dengan penghasilan peranti penuh berinovasi. Mereka menghasilkan Galaxy Note, peranti kelas phablet dengan stylus yang kini menjadi ikutan pengeluar lain. Mereka turut menghasilkan fungsi melancarkan dua aplikasi serentak dengan Multi Window. Side Sync pula membolehkan paparan pada peranti dipaparkan pada skrin komputer anda. Dengan S6 Edge mereka muncul dengan peranti dwi skrin sisi yang pertama di dunia.

Dwi skrin membolehkan notifikasi dan berita terkini dipaparkan pada skrin sisi. Dengan People Edge, menghubungi lima individu paling penting di dalam hidup anda juga semakin mudah. Warna khas juga boleh diberikan untuk setiap individu. Apabila panggilan diterima dari mereka, skrin sisi akan berkelip mengikut warna yang ditetapkan kepada mereka.

Galaxy-S6-Edge-M2330035

Adakah Ia Akan Membengkok?

Tahun lalu dunia peranti pintar kecoh dengan isu Bendgate yang dialami oleh iPhone 6 Plus. Rekaan aluminium peranti ini dikatakan adalah sebab mengapa ia mampu membengkok dengan mudah. Memandangkan S6 dan S6 Edge menggunakan bahan binaan yang sama adalah masalah yang sama mungkin berlaku.

Aluminium gred AL 6013 digunakan sebagai bahan binaan kerangka utama peranti ini. Ianya dari gred yang sama digunakan untuk pembinaan bahagian hadapan bukaan enjin,  sayap dan tubuh kapal terbang. Dengan penggunaan aluminium industri aeronautik, Samsung menjamin peranti mereka ini tidak akan mudah membengkok.

Galaxy S6 M2330016ss

 

Kaca Gorilla Glass 4

S6-Back-Panel.-2Kerisauan pengguna peranti paling utama ialah skrin yang retak seribu apabila terjatuh. Apabila peranti diperbuat daripada kaca di bahagian hadapan dan belakang kerisauan ini berganda. Di dalam kes S6 Edge adakan kerisauan meningkat empat kali ganda kerana mempunyai dwi skrin sisi?

Sesiapa yang pernah terpaksa menggantikan skrin peranti pastinya akan mengakui kos menggantikannya adalah sangat mahal. Jadi adakah anda perlu risau S6 dan S6 Edge menggunakan binaan kaca?

Teknologi kaca Gorila Glass 4 digunakan pada kedua-dua peranti ini. Dalam ujian yang dilakukan, kaca Gorilla Glass 4 mampu bertahan walaupun dijatuhkan pada ketinggian 1 meter di atas permukaan yang kasar. Gorilla Glass 4 juga lebih tahan lasak berbanding Gorilla Glass 3 yang digunakan pada GALAXY S5. Dari video ujian hempasan S6 Edge yang muncul beberapa hari yang lalu, jelas sekali Gorilla Glass 4 memang tahan lasak.


 Advertorial dibawakan oleh Samsung Malaysia

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd