Microsoft Menyertakan Pelayar Web Project Spartan Pada Versi Pembangunan Windows 10 Baru

Microsoft Menyertakan Pelayar Web Project Spartan Pada Versi Pembangunan Windows 10 Baru

Diterbitkan pada Mac 31, 2015 oleh .

Microsoft telah berkongsi mengenai pelayar web baru mereka dinamakan Project Spartan pada bulan Januari yang lepas, dan hari ini, buat pertama kalinya mereka menawarkan pelayar web yang masih dalam fasa pembangunan tersebut untuk pengguna Windows 10 Technical Preview pada PC.

Project Spartan masih perlu melalui pelbagai fasa pembangunan, tetapi versi pembangunan ini akan memberikan idea awal kepada para pembangun dan pengguna seluruh dunia.

Microsoft mengatakan Project Spartan ingin memberikan fokus terhadap web dan bukannya pelayar tersebut. Melalui Project Spartan, Microsoft menyertakan beberapa perkara, termasuk sokongan Cortana yang diintegrasikan untuk memudahkan anda membuat carian, kemudahan berkongsi melalui fungsi yang dinamakan “Inking”, sokongan “Reading View” untuk memfokuskan kepada kandungan web, serta sokongan enjin pelayar web baru.

Microsoft mengatakan mereka akan menambah lebih banyak fungsi baru pada pelayar web mereka ini pada masa akan datang, dan turut menekankan Project Spartan ini masih dalam peringkat eksperimental buat masa ini.

Bagi anda yang memuat-turun versi pembangunan Windows 10 Technical Preview terkini, anda akan dapat melihat Project Spartan hadir terbina padanya.


TIPS & ULASAN