Carian
Pelancaran Asus Zenfone 2 Untuk Asia Tenggara Dijadualkan Pada 21 April
March 31, 2015 Aman

Asus pada CES 2015 yang lepas telah membuat kejutan dengan memperkenalkan Zenfone 2 yang turut hadir dalam variasi 4GB RAM. Sejak daripadanya, ramai yang menantikan pelancaran rasmi peranti berkenaan di Malaysia, dan kini Asus Malaysia telah pun mula menghantar jemputan untuk acara berkenaan.

Asus Zenfone 2 akan dilancarkan untuk rantau Asia Tenggara pada 21 April kelak, dan akan diadakan di Jakarta. Penjualan peranti berkenaan secara rasminya di Malaysia dijangka akan menyusul selepas itu.

MWC2015- Asus Zenfone 2 -IMG_9851

MWC2015- Asus Zenfone 2 -IMG_9846

Asus Zenfone 2 merupakan generasi baru telefon pintar Zenfone, yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, selain dijana sistem operasi Android terbaru – Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka ZenUI.

Harga jualan Zenfone 2 versi 2GB RAM ini dijangka dibawah atau sekitar RM1000, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai harga dan tarikh jualannya di Malaysia pada acara berkenaan kelak.

Komen