Cari @ Amanz

KOjima-Hlaf-Life-3-2

Penanti selama 11 tahun untuk Half Life 3 akan berakhir. Valve secara mengejut mengumumkan Half Life 3 sedang dalam proses pembangunan. Paling mengejutkan ialah pengarah permainan video Hideo Kojima dilaporkan akan mengambil alih dari Gabe Newell. Penglibatan Kojima di dalam projek rahsia ini juga adalah sebab mengapa hubungan di antara beliau dan KONAMI berantakan sejak kebelakangan ini. Half Life 3 akan menyambung cerita dari Half Life 2 episode 2 yang sudah tergantung sejak 2007. Terdapat ura-ura Fox Engine akan digunakan kali ini bagi memberikan kualiti grafik yang hampir kepada dunia sebenar. Dalam  kenyataan media yang kami terima Newell dipetik berkata;

“Kojima dan saya sudah berurusan secara rahsia sejak akhir tahun lalu. Beliau sudah bosan menghasilkan permainan Metal Gear Solid dan inginkan cabaran baru menghasilkan permainan tembak menembak dari pandangan pertama. Kami yakin pengembaraan Doktor Gordon Freeman akan lebih menarik di bawah arahan beliau”

Tarikh Half Life 3 muncul di pasaran juga sudah ditetapkan iaitu 1 April 2016. Ia akan muncul pada platform PlayStation 4, Xbox One dan juga Sega Dreamcast. Tiada maklumat tentang versi Windows PC buat masa ini.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd