Vivo Turut Menyerap Caj GST Untuk Peranti – Mengekalkan Harga Seperti Biasa

Vivo Turut Menyerap Caj GST Untuk Peranti – Mengekalkan Harga Seperti Biasa

Diterbitkan pada Mac 31, 2015 oleh .

Selepas Oppo mengumumkan akan menyerap caj GST untuk peranti jualan mereka, kini satu lagi syarikat pengeluar peranti dari China, iaitu Vivo turut mengumumkan mereka akan menyerap caj GST untuk peranti-peranti mereka.

Vivo GST

Dengan pengumuman ini, pihak Vivo Malaysia akan menyerap caj sebanyak 6% yang dikenakan, sekaligus pada masa yang sama mengekalkan harga jualan peranti tanpa sebarang kenaikkan harga.

GST akan mula dilaksanakan di Malaysia bermula 1 April ini – iaitu esok, dan pelbagai pihak telah mula bersedia dan turut telah mengumumkan akan menaikkan harga peranti mereka. Dengan pengumuman Vivo yang akan mengekalkan harga seperti biasa, ia sekaligus akan memudahkan lagi pengguna yang merancang untuk mendapatkannya dalam masa terdekat. Di Malaysia, Vivo mempunyai beberapa penawaran peranti, termasuk yang popular adalah Vivo X5 Max.


TIPS & ULASAN