Microsoft Surface 3 Diumumkan – Harga Bermula Dari RM 1879

Microsoft Surface 3 Diumumkan – Harga Bermula Dari RM 1879

Diterbitkan pada Mac 31, 2015 oleh .

Surface-3.png

Microsoft Surface adalah tablet hibrid yang dihasilkan oleh Microsoft bagi memerangi tablet yang dilihat mengancam jualan komputer riba. Ia menggunakan sistem operasi Windows RT dan ini menyebabkan banyak program penting yang anda gunakan pada komputer Windows penuh tidak boleh digunakan pada Surface. Dalam ulasan Surface 2 yang kami tulis tahun lalu, kami menyatakan bagaimana peranti ini mengecewakan kerana tidak mempunyai aplikasi yang cukup untuk menjadikannya berbaloi untuk dimiliki

Hari ini Microsoft mengumumkan Surface 3, pengganti kepada Surface 2. Kali ini ia menggunakan sistem operasi Windows 8.1. Skrin dikekalkan 10.8″ HD Penuh (3:2) , pemproses Intel Atom X-7 Z8700 empat teras, RAM 2/4 GB dan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Selain itu ia turut dilengkapi port USB 3.0, mini DisplayPort, pembaca kad MikroSD dan port Mini USB. Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 3.5 Megapixel pada bahagian hadapan. Seperti Surface Pro 3, Surface 3 menyokong Surface Pen namun ianya dijual berasingan.

Harga jualan bermula dari RM1879 untuk model RAM 2 GB dengan muatan dalaman 64 GB. Untuk versi RAM 4 GB dan muatan dalaman 128 GB pula ia dijual pada harga RM2249. Surface 3 akan mula dijual 5 Mei ini tetapi pra-tempahan boleh dilakukan pada 13 April di kedai-kedai terpilih.

Surface-3---back-view-with-Type-Cover.png


TIPS & ULASAN