Semua Tambah Nilai Tertakluk Kepada GST? – RM10 Telah Mula Dijual Pada Harga RM10.60

Semua Tambah Nilai Tertakluk Kepada GST? – RM10 Telah Mula Dijual Pada Harga RM10.60

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Sehingga ke hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai info yang kurang tepat, dan terdapat sesetengah pihak mengatakan GST untuk tambah-nilai tidak akan memberikan kesan kenaikkan harga kerana digantikan dengan SST. Tetapi, perkara sebenar yang terjadi adalah berbeza – dan selari dengan pengumuman Altel sebelum ini.

GST Topup

Daripada percubaan kami sendiri, semua tambah-nilai yang dijual bermula tengah malam ini di kawasan kediaman kami telah memperlihatkan kenaikkan harga – sebagai contoh, tambah-nilai berharga RM10 kini dijual pada harga RM10.60. Pengguna juga boleh menyemak angka pendaftaran GST pada resit yang diterbitkan ketika kita melakukan pembelian.

Ia masih kurang pasti lagi buat masa ini, sama ada pengenalan GST tambahan ini hanya untuk pembelian daripada perkhidmatan seperti MOL sahaja (yang biasanya digunakan di kedai dan di 7-Eleven, ataupun kad tambah nilai biasa turut tertakluk dibawahnya. Permintaan komen kami daripada syarikat telekomunikasi masih belum dibalas buat masa ini.


TIPS & ULASAN