Apple Mengemaskini Harga Jualan Peranti – iPhone 6 Kini RM2702, iPhone 6 Plus Bermula RM3126

Apple Mengemaskini Harga Jualan Peranti – iPhone 6 Kini RM2702, iPhone 6 Plus Bermula RM3126

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Dengan pengenalan GST, harga jualan peranti Apple turut memperlihatkan kenaikkan harga. Kini, iPhone 6 dijual pada harga bermula RM2702, sementara iPhone 6 Plus pula dijual pada harga bermula RM3126.

Apple iPhone 6 GST

Untuk iPhone 6 versi 16GB, ia membawakan harga RM2702, sementara untuk 64GB pula harga RM3126, dan versi 128GB kini mencapai harga RM3550.

Untuk iPhone 6 Plus pula, versi asas 16GB ditawarkan pada harga RM3126, versi 64GB pada harga RM3550 dan versi 128GB pada harga RM3974.

Selain telefon pintar, tablet Apple juga memperlihatkan peningkatan harga, dimana iPad Air 2 kini dijual pada harga bermula RM1695, sementara iPad Mini 3 pula dijual pada harga RM1356.

Perubahan harga ini telah mula diimplementasikan pada Apple Store Online, dan mungkin kita akan dapat melihat perubahan harga sama pada kedai jualan peranti Apple di Malaysia, selain penawaran peranti daripada syarikat telekomunikasi.


TIPS & ULASAN