(April Fool) Google Membolehkan Anda Mengubah Google Maps Kepada Permainan Pac-Man

(April Fool) Google Membolehkan Anda Mengubah Google Maps Kepada Permainan Pac-Man

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Google sebelum ini pernah mengubah Google Maps untuk menjadi sebuah permainan mencari Pokemon, dan hari ini, bersempena dengan tarikh 1 April, mereka sekali lagi hadir dengan sebuah idea kreatif, iaitu mengubah peta pada sesuatu lokasi Google Maps menjadi permainan Pac Man.

Google Maps

Untuk mencubanya sendiri, anda hanya perlu membuka Google Maps, dan kemudian tap pada mana-mana bahagian di Google Maps. Pada bahagian penghujung kiri bawah, anda akan diperlihatkan dengan pilihan Google Earth, dan satu lagi sebuah pilihan baru, iaitu PacMan.

Dengan memilihnya, ia akan mengubah paparan Google Maps anda kepada bentuk paparan peta permainan PacMan, sekaligus membolehkan anda memainkan permainan tersebut dengan mengawalnya menggunakan papan kekunci anda. Anda boleh menikmati permainan PacMan ini pada desktop, peranti Android dan juga iOS anda.

Selain daripada hanya pada Google Maps, Google juga turut membawakan sokongan serupa pada permainan Ingress mereka.

Layari : Google Maps


TIPS & ULASAN