(April Fool) ChromeSelfie : Membolehkan Anda Berkongsi Reaksi Wajah Untuk Sesuatu Halaman Web

(April Fool) ChromeSelfie : Membolehkan Anda Berkongsi Reaksi Wajah Untuk Sesuatu Halaman Web

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Menariknya mengenai Google adalah bersempena dengan 1 April mereka sering hadir dengan beberapa idea menarik yang mana bukan sekadar konsep sahaja, tetapi turut diimplementasikan pada perkhidmatan mereka. Selain beberapa penawaran mereka, Google turut hadir dengan sebuah fungsi baru dinamakan ChromeSelfie hari ini.

ChromeSelfie

Melalui ChromeSelfie, ia menambah sebuah menu khas pada Chrome di Android. Melaluinya, Google menamakan ia sebagai kebolehan untuk berkongsi reaksi wajah terhadap sesuatu web. Anda boleh memilihnya, dan ia akan mengaktifkan kamera hadapan untuk merakamkan gambar wajah anda bersama-sama dengan halaman web berkenaan.

Kemudiannya, anda boleh berkongsi gambar tersebut ke sebarang perkhidmatan sosial – seperti kebiasaan.


TIPS & ULASAN