Cari @ Amanz

Honda HR-V merupakan salah satu keluarga kenderaan dibawah Honda, dan sempena tarikh 1 April ini, mereka hadir dengan jenaka tersendiri dengan memperkenalkan “Honda HR-V Selfie Edition”. Seperti pada namanya, kenderaan ini memfokuskan kepada rakaman gambar selfie pemandu dan pemiliknya.

Honda HR-V Selfie

Honda HR-V Selfie Edition ini hadir dengan 10 kamera terbina pada bahagian dalam dan luar, membolehkan pengguna merakamkan gambar ketika kenderaan tidak bergerak.

Selain daripada Honda, pihak Google juga turut hadir dengan jenaka mereka untuk pengguna Chrome pada Android dengan memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai ChromeSelfie. Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak jenaka daripada syarikat lain memfokuskan kepada budaya selfie ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd