Cari @ Amanz

Sony Computer Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mana edisi khas PlayStation 4 dengan rekaan “Batman Arkham Knight Limited Edition” akan ditawarkan kepada para pengguna di Malaysia bermula 23 Jun 2015 kelak.

PS4 Batman Arkham Knight

PS4 Batman Arkham Knight

PS4 Batman Arkham Knight

Edisi khusus ini akan membawakan rekaan berwarna kelabu dengan rekaan tema khusus bersempena permainan “Batman : Arkham Knight”. Sony juga turut melengkapkan konsol ini dengan sebuah DUALSHOCK 4 berwarna kelabu dengan tema sama.

Harga jualan untuknya di pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, dan pihak Sony Computer Entertainment mengatakan mereka akan berkongsi info lanjut mengenainya tidak lama lagi, termasuk harga dan juga kandungan yang akan ditawarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd