Dengan arena perkembangan emel, penerimaan surat fizikal semakin berkurangan sekaligus menjadikan penggunaan peti surat semakin rendah dari hari ke hari. Kini, bersempena dengan tarikh 1 April, Google hadir dengan idea untuk merevolusikan peti surat dengan fungsi-fungsi pintar.
Dinamakan sebagai Smartbox, ia membolehkan anda menerima notifikasi sebaik sahaja anda menerima surat. Smartbox juga boleh menyusun surat yang diterima mengikut kategori secara automatik, selain turut hadir dengan sokongan anti-spam.
Menariknya lagi mengenai Smartbox adalah anda boleh tanggalkannya dan membawa ia ke mana-mana, serta menggunakannya dalam membuat panggilan video.