Cari @ Amanz

Sementara sejumlah pengguna telah pun mula membuat aduan dan berkongsi mengenai belian tambah-nilai yang dikenakan caj tambahan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan mengatakan harga jualan tambah-nilai prabayar kekal seperti biasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan meminta pengguna untuk membuat aduan mengenainya melalui talian rasmi di 1800-886-800, selain pada masa yang sama turut mengatakan mereka telah menghantar kes berkenaan kepada Bahagian Penguatkuasa untuk tindakan.

Pelbagai penjual tambah-nilai prabayar di Malaysia telah pun mula meningkatkan harga jualan dan menawarkan ia pada harga RM10.60 bermula hari ini untuk setiap tambah nilai berharga RM10.

Sebelum ini, ia telah dikatakan kadar cukai GST akan menggantikan SST yang dikenakan sebelum ini, maka tiada kenaikkan yang akan berlaku untuknya. Namun, melalui halaman khusus GST yang disediakan oleh pihak telekomunikasi, mereka mengatakan harga jualan tambah-nilai prabayar sebelum ini tidak pernah menyertakan caj SST sebanyak 6%.

KPDNKK GST

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd