Cari @ Amanz

OnePlus sebelum ini telah beberapa kali mengatakan akan hadir dengan sebuah produk baru, dan kini mereka memulakan bulan April dengan memperkenalkan sebuah dron bersaiz kecil dinamakan sebagai OnePlus DR-1 (Dr-One = Drone).

OnePlus DR-1

OnePlus DR-1

OnePlus DR-1 ini hadir dengan rekaan saiz mini, dan mempunyai masa terbang antara 5 ke 8 minit lamanya untuk setiap pengecasan sekitar 20 minit.

OnePlus mengatakan ini merupakan dron paling kecil di dunia yang dikawal menggunakan alat-kawalan khusus.

OnePlus DR-1 ini akan ditawarkan dalam kuantiti yang amat terhad, dan menurut OnePlus ia hanya ditawarkan sekali sahaja dan mungkin tidak akan dikeluarkan lagi. OnePlus DR-1 dijual pada harga $19.99 (~RM74) dan dijual melalui web rasmi OnePlus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd