Cari @ Amanz

Mi headphonesMi Headphone diperlihatkan Januari lalu untuk pasaran China. Hari ini akaun rasmi Xiaomi di Malaysia mengesahkan fon kepala ini akan dijual di negara kita dalam masa terdekat. Mi Headphone mempunyai rekaan premium dengan saiz fon kepala yang 25% lebih besar dari rekaan fon kepala lain di pasaran. Harga jualan adalah sekitar RM280 (sebelum GST)  apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia.

Walau bagaimanapun pihak Xiaomi tidak pula menetapkan tarikh muktamad ianya akan mula dijual. Memandangkan fon kepala ini memasuki pasaran Malaysia dalam masa kurang tiga bulan, mungkin Mi TV  yang diumumkan semalam akan juga dijual dalam masa dua bulan. Nantikan pengumuman selanjutnya.

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd